Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Pemilik desktop kelas permainan pastinya mementingkan aliran udara yang baik di dalam 'rumah' atau 'casing' set mereka untuk menjamin suhu berada di tahap paling minimum.

  Terdapat pelbagai model serta jenama yang ditawarkan berada di pasaran namun tidak semua yang menawarkan pengaliran udara yang baik.

  Untuk itu, jenama terkemuka kelas permainan, MSI menawarkan 'PC Case' mereka daripada generasi MPG GUNGNIR Siri 110 daripada kelas kerangka pertengahan (Mid Tower Case).

  Untuk kerangka ini, sambungan sokongan depan menawarkan dua port USB termasuk satu port USB jenis C bersama-sama dengan butang kawalan lampu LED yang memudahkan pengguna menukar tetapan penyeragaman lampu.

  Panel bahagian depan dibina menerusi 'Anterior Kaca' bersama-sama dengan penapis habuk serta kerangka ini memuatkan saiz radiator penyejuk 360mm tanpa sebarang masalah.

  Sesuai dengan trend semasa iaitu pemilik desktop kelas permainan pastinya mahu mempamerkan set mereka, panel tepi dilengkapi dengan kace diperkukuh serta boleh dibuka dan tutup dengan mudah.

  Bahagian atas pula dilengkapi dengan penapis habuk bermagnetik sekali gus mengurangkan habuk untuk masuk ke dalam desktop.

  Untuk aliran udara, panel depan digunakan untuk menyedut udara masuk manakala panel atas dan belakang bertujuan sebagai 'eksos' iaitu pengeluaran haba panas di dalam desktop.

  Kerangka ini menyokong tiga saiz papan induk bermula daripada Mini ITX, Micro ATX dan ATX tanpa masalah mengikut keselesaan pengguna.

  Menyentuh tentang sokongan kipas, panel depan boleh dimuatkan dengan tiga kipas bersaiz 120mm atau dua kipas bersaiz 140mm.

  Untuk panel atas, dilengkapi dengan dua kipas 120mm dan satu unit kipas belakang  bersaiz sama.

  

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 1:52 PM