GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Saufi Hassan


Peranti keluaran Apple dilaporkan menjadi telefon pintar paling popular pada suku keempat tahun lalu sekali gus menewaskan beberapa pencabar utamanya.

  Berdasarkan satu laporan firma perunding pasaran, Gartner, peranti Apple mendominasi perkongsian pasaran sebanyak 20.8 peratus diikuti Samsung dengan perkongsian 16.2 peratus dan Xiaomi (11.3 peratus).

  Firma berkenaan juga menyatakan bahawa berlaku penurunan penjualan telefon pintar iaitu sebanyak 5.4 peratus untuk suku keempat tahun lalu.

  Pengarah Kanan Penyelidikan Kanan Gartner, Anshul Gupta berkata, untuk rekod sepanjang tahun juga menunjukkan penurunan sebanyak 12.5 peratus tahun lalu.

  "Penjualan lebih banyak telefon pintar 5G dan peranti kategori permulaan serta pertengahan meminimumkan peratusan penurunan penjualan pada suku keempat tahun lalu," katanya.

  Pelancaran peranti iPhone 12 banyak membantu Apple mencapai dominasi pasaran berkenaan sekali gus mendahului beberapa pengeluar lain.

  Penjualan peranti Apple itu juga merekodkan peningkatan sebanyak 14.9 peratus jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.

  Rekod jualan telefon pintar itu juga antara lain banyak dipengaruhi oleh situasi semasa terutamanya ketika pandermik Covid-19 melanda sekali gus mengganggu rantaian perbekalan peranti di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 9:40 PM