MOUSE
MOUSE
Muhammad Saufi Hassan


PEMILIHAN tetikus atau 'mouse' memang penting terutamanya untuk pengguna yang memberi fokus kepada permainan kompetatif.

Setiap tetikus mempunyai kadar tindak balas yang berbeza dan pastinya untuk penggemar genre permainan 'penembak pandang pertama' (FPS) mengutamakan tindak balas maksimum.

Menerusi tetikus baharu keluaran jenama popular permainan, MSI iaitu Clutch GM41 'Lightweight' menawarkan semua pilihan berkenaan termasuk direka khusus untuk genre FPS terkini.

Berat tetikus ini hanya 65 gram dan ia tidak memberi beban kepada tangan bagi penggunaan jangka panjang.

Tetikus ini mempunyai enam butang boleh diprogramkan termasuk pemutar getah (scroll wheel) dengan keupayaan tindak balas sehingga 16,000 DPI.

Untuk pemain FPS aksi pantas seperti Valorant serta Apex Legends, tetikus MSI Clutch GM41 ini memberi prestasi terbaik.

Sebanyak enam butang berkenaan juga mudah untuk diprogramkan selain penyelarasan lampu RGB menerusi perisian Dragon Center.

Ujian prestasi OMRON meletakkan pengiktirafan bagi tetikus berkenaan dan mampu bertahan lebih 60 juta klik.

Teknologi kabel MSI FriXionFree juga mengatasi masalah geseran yang sring dihadapi oleh pengguna.

Spesifikasi MSI Clutch GM41

  • Berat: 65g

  • Sokongan tindak balas: 400 IPS / 16,000 DPI

  • Ujian: OMRON 60 juta klik
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 2:41 PM