Lenovo Yoga
Lenovo Yoga
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Pengeluar jenama komputer terkemuka, Lenovo memperkenalkan empat variasi daripada barisan produk Lenovo Yoga keluarannya.

  Siri Lenovo Yoga berkenaan diperkemaskan menerusi spesifikasi terkini sesuai dengan peredaran dunia teknologi masa kini.

  Model berkenaan adalah Lenovo Yoga Slim 7i Carbon, Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga Slim 9i dan Lenovo Yoga 6 AMD.

  Untuk siri Lenovo Yoga 9i, ia direka dengan kejuruteraan terkini yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core generasi kesebelas serta saiz paparan 14 inci.

  Ia juga dilengkapi dengan unit pemproses grafik integrasi Intel Iris Xe yang sesuai untuk semua tugasan pemprosesan grafik.

  Bagi siri Yoga Slim 9i pula, ia dikuasakan dengan pemproses Intel Core i9 Generasi Ke-10 bersama padanan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050Ti dengan Max-Q.

  Laptop berkenaan dikuasakan dengan memori (RAM) 16GB LPDDR4X  serta storan sehingga 2TB selain sokongan sambungan tiga USB jenis C Thunderbolt.

  Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh berkata, Lenovo sentiasa mengutamakan kepuasan pengguna di samping penawaran spesifikasi terkini.

  "Lenovo mempunyai misi untuk sentiasa membawa inovasi serta mencipta peranti yang sesuai dengan peredaran masa.

  "Menerusi pengenalan siri Yoga ini, kita meletakkan sasaran untuk peranti berkuasa bagi setiap tugasan untuk kemudahan pengguna," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 2:25 PM