Maxis
Maxis
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka, Maxis hari ini memperkenalkan 'Rangkaian Boleh Diprogram Maxis' (MPN) yang direka khusus untuk membantu mempercepatkan digitalisasi dalam perniagaan.

  Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, infrastruktur rangkaian teras dan sedia 5G itu direka untuk memberi perusahaan kecekapan, kawalan, skala dan keupayaan untuk menghubungkan organisasi dan tidak tertumpu kepada melanggan perkhidmatan saja.

  McManus berkata, MPN menawarkan prestasi bertaraf perniagaan, diupayakan infrastruktur MEF 3.0, piawaian emas antarabangsa untuk perkhidmatan ethernet.

  Beliau berkata, ia juga menawarkan jalur lebar masa nyata berdasarkan permintaan, yang membolehkan perniagaan mendapatkan akses diperlukan serta-merta dan hanya perlu membayar untuk akses yang digunakan saja.

  "MPN membolehkan perusahaan meningkatkan jalur lebar secara berskala dengan langganan fleksibel dalam hanya satu hari.

  "Bagi memanfaatkan MPN sepenuhnya, pelanggan hanya perlu log masuk atau mendaftar di Hab Perniagaan Maxis untuk mendapat akses kepada perkhidmatan atas permintaan pelbagai termasuk 'Bandwidth on Demand," katanya dalam satu kenyataan akhbar, sebentar tadi.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 5:37 PM