Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Pengeluar laptop tersuai, Illegear memperbaharui barisan laptop mereka yang sesuai untuk penyedia kandungan serta kelas permainan.

  Laptop tersuai berkenaan didatangkan dengan kad grafik keluaran baharu Nvidia GeForce iaitu Siri RTX 3000 termasuk padanan paparan 1440p (WQHD) dengan tetapan kadar segar semula 165Hz.

  Illegear memperbaharui lima siri laptop mereka iaitu Rogue, tiga versi Onyx dan Selenite Pro.

  Sesuai dengan pengeluar laptop tersuai, pengguna boleh membuat pemilihan spesifikasi mengikut citarasa mereka sendiri sama ada mahu menggunakan pemproses AMD Ryzen 7 4800H atau Intel Core i7 Generasi Ke-10 untuk laptop siri Rogue.

  Untuk laptop siri Rogue itu, ia dilengkapi dengan kad grafik RTX 3060 serta padanan memori (RAM) sehingga 64GB dan tanda harga untuk siri ini bermula RM4,465.

  Bagi siri Onyx G pula, laptop berkenaan dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 9 5900HX manakala kad grafik pula didatangkan dengan Nvidia RTX 3080.

  Siri ini adalah kelas prestasi dan kelas permainan menawarkan pengalaman permainan sama dengan desktop manakala harga yang ditawarkan bermula RM11,400.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 10:18 PM