PEMPROSES pertama guna binaan 5nm, miliki kecekapan bateri sangat mengagumkan.
PEMPROSES pertama guna binaan 5nm, miliki kecekapan bateri sangat mengagumkan.
Muhammad Saufi Hassan

Era digital hari ini sememangnya memerlukan keupayaan 'otak' peranti yang hebat untuk memproses data berjumlah bilion dalam masa sesaat termasuk keupayaan pembelajaran mesin atau 'Deep learning machine'.

Cip pemproses ini berfungsi umpama 'otak' bagi sesuatu peranti dan ia akan menentukan keupayaan peranti berkenaan berdasarkan rekaan cip berkenaan.

Sebelum ini, segmen cip pemproses untuk peranti konvensional seperti laptop atau komputer, ia dikuasai oleh dua syarikat terkemuka iaitu Advanced Micro Devices (AMD) dan Intel selama beberapa dekad.

APPLE memperkenalkan cip pertama untuk segmen 'Mac' keluarannya iaitu Apple M1 dan ia adalah yang pertama menggunakan rekaan 5nm di dalam industri.
APPLE memperkenalkan cip pertama untuk segmen 'Mac' keluarannya iaitu Apple M1 dan ia adalah yang pertama menggunakan rekaan 5nm di dalam industri.

Kini, segmen cip pemproses menjadi lebih menarik selepas syarikat peneraju teknologi dunia, Apple, mengumumkan cip rekaan mereka sendiri yang dikenali sebagai Apple M1.

Cip keluaran pertama Apple, M1 adalah pemproses pertama menggunakan binaan 5nm dan pemproses pertama yang menggunakan teknologi berkenaan sekali gus memberi manfaat yang besar terhadap kecekapan guna bateri serta prestasi yang sangat mengagumkan.

Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu 'Apple M1' berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk 'Neural Engine' 16 teras.

Pemproses itu direka khusus untuk produk segmen 'Mac' bagi Apple dan ia diperkenalkan buat pertama kalinya awal minggu lalu dalam majlis maya bertemakan 'One More Thing'.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Naib Presiden Kanan Perkakasan Teknologi Apple, Johny Srouji berkata, tidak ada cip yang pernah dicipta seperti M1 dan ia satu pencapaian untuk cip SoC bagi segmen Mac dan pengenalan ini adalah era baharu untuk segmen itu.

PEMPROSES berkenaan juga berkeupayaan untuk melancarkan aplikasi genre permainan dengan baik.
PEMPROSES berkenaan juga berkeupayaan untuk melancarkan aplikasi genre permainan dengan baik.

"Jika memperkatakan tentang silikon kuasa rendah, M1 mempunyai kuasa teras paling pantas termasuk prestasi integrasi unit pemproses grafik yang sangat baik," katanya.

Ia menampilkan teras CPU terpantas yang pernah dicipta dalam segmen 'silicon' berkuasa rendah tetapi menawarkan kuasa prestasi terbaik termasuk integrasi grafik dalam kelasnya dan ia adalah pencapaian terbaharu menerusi sistem 'Neural Engine' oleh Apple.

Secara prestasinya, Apple M1 memberikan prestasi CPU hingga 3.5 kali lebih pantas daripada pemproses sedia ada di pasaran manakala untuk GPU, prestasi menjangkau enam kali lebih cepat.

Untuk kefungsian pembelajaran mesin, M1 memberi nilai prestasi 15 kali lebih cepat dan rekaan 5nm cip itu memberi keupayaan untuk kecekapan guna tenaga serta hayat bateri dua kali lebih lama.

CIP berkenaan mempunyai lapan teras CPU sekali gus mampu untuk melaksanakan kepelbagaian tugas dalam sesuatu masa.
CIP berkenaan mempunyai lapan teras CPU sekali gus mampu untuk melaksanakan kepelbagaian tugas dalam sesuatu masa.

Cip berkenaan mampu untuk melaksanakan sebarang tugas dan ia dilengkapi dengan pemproses lapan teras yang boleh melaksanakan proses hampir 25,000 'threads' secara serentak.

Ia juga mampu untuk melaksanakan tugasan sintesis video pelbagai resolusi termasuk beberapa penstriman video 4K serta sintesis tugasan kompleks 3D tanpa sebarang masalah.

Pastinya kehadiran cip terbaharu Apple ini akan merancakkan lagi segmen pemproses dan mungkin cip sama akan digunakan secara lebih meluas untuk pelbagai segmen produk keluaran syarikat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 7:00 AM