Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Asus melancarkan variasi kad grafik daripada barisan produk TUF Gaming RTX 3090 yang mempunyai keupayaan video memori (VRAM) 24GB.

Kad grafik berprestasi tinggi itu disasarkan untuk penyedia kandungan di samping peminat permainan video resolusi tinggi memandangkan ia mampu untuk memberi prestasi terbaik sehingga resolusi 8K.

Produk baharu ASUS itu dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk bertujuan untuk mengekalkan paras optimum suhu kad berkenan ketika prestasi penuh (full load).

Ia dilengkapi dengan pemuka PCIe 4.0 bersama sambungan dua port HDMI versi 2.1 dan tiga port DisplayPort 1.4a.

Tanda harga yang diumumkan untuk kad berkenaan adalah RM7,208 bersama empat tahun jaminan jika pengguna berdepan dengan masalah.

Spesifikasi ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3090

Teras NVIDIA GeForce RTX CUDA: 10496

VRAM: 24 GB GDDR6X memory

Sambungan pemuka: PCIe interface: 4.0

Sambungan paparan: 2 x Native HDMI 2.1 output / 3 x Native DisplayPort 1.4a

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 11:45 AM