ZenBook Flip S
ZenBook Flip S
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Asus melancarkan kemas kini siri laptop keluarannya dengan penggunaaan pemproses Intel Core Generasi ke-11 yang dikelaskan sebagai platform 'Intel Evo'.

Barisan laptop yang menggunakan pemproses ini termasuk ZenBook Flip S dengan kod produk UX371 yang menggunakan skrin paling nipis OLED termasuk lima lagi laptop lain iaitu ZenBook S (UX393), ZenBook 14 (UX435EA\EG), ZenBook 4 Ultralight, ZenBook Pro 15 dan ExpertBook B9.

Siri laptop berkenaan akan penggunakan pemproses terbaharu keluaran Intel bersama padanan Unit Pemproses Grafik (GPU) Intel Iris X sekali gus mampu untuk melancarkan sebarang tugasan atau perisian.

Menyentuh penggunaan pemproses Intel Core Generasi ke-11 berkenaan, ia adalah cip yang mampu untuk menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan kuasa prestasi maksimum sekali gus meningkatkan pengalaman kepenggunaan.

Timbalan Presiden Korporat, Platform Perkomputeran Mudah Alih Intel, Chris Walker berkata, barisan laptop baharu laptop keluaran ASUS sekali gus menjadi jenama yang menggunakan platform 'Intel Evo'," katanya.

Bagi ASUS ZenBook Flip 13, peranti berkenaan hanya mempunyai berat 1.3 kilogram (kg) yang dipadankan bersama keupayaan bateri 67 Wh mampu bertahan untuk tempoh lebih 14 jam kepenggunaan.

Ia menggunakan paparan NanoEdge Definisi Penuh (FHD) OLED skrin sesentuh dan boleh dipadankan bersama dengan ASUS Pen.

Laptop berkenaan menggunakan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-11 dengan kapasiti memori (RAM) 16GB serta menyokong storan 1TB PCIe 3.0 SSD.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 4:15 PM