Muhammad Saufi Hassan


PEMINAT Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi bimbang untuk menonton perlawanan kesukaan mereka memandangkan liga berkenaan akan menggunakan kaedah penstriman menjelang 2022.

Berdasarkan maklumat awal, siaran langsung menggunakan kaedah penstriman berkenaan akan menggunakan konsep seakan ‘Netflix’ dan ia dikenali sebagai ‘Premflix’.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EPL, Richard Masters bahawa pihaknya sedang giat membincangkan perkara berkenaan dan akan merealisasikan bagi memenuhi kehendak penonton di seluruh dunia.

Pada masa sama, EPL mensasarkan bahawa perkhidmatan ini akan melalui fasa ujian Sekitar dua tahun lagi dan ia dilihat langkat terbaik EPL uituk mengaut keuntungan secara menyeluruh.

Siaran langsung perlawanan EPL kini menggunakan penyiar berlesen di serata duna dan ia umpama ‘orang tengah’ kepada EPL.

Jika EPL menggunakan saluran dikenali ‘Premflix’ berkenaan, ia bakal menjadi liga tunggal yang menggunakan teknologi terkini unduk bersiaran secara langsung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 6:05 PM