Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT pengeluar elektronik terkemuka, LG Electronics (LG) baru-baru ini mengumumkan bahawa pengguna boleh memuat turun aplikasi Apple TV menerusi televisyen pintar mereka bagi barisan produk LG 2019.

LG dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan berkenaan lebih daripada 80 buah negara untuk memenuhi keperluan semasa pengguna hari ini yang lebih gemar melihat filem atau drama menerusi kaedah penstriman.

Menerusi aplikasi Apple TV, pengguna TV LG boleh melanggan saluran Apple TV ke perkhidmatan video premium yang tersedia di dalam dan luar talian.

Selain itu, ia juga boleh mengakses video iTunes dan membeli lebih 100,000 filem atau rancangan yang menarik yang ditawarkan dalam perkhidmatan berkenaan.

Syarikat itu juga memaklumkan bahawa LG TV 2019 menyokong Apple AirPlay 2 yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan daripada peranti mudah alih mereka seperti iPhone, iPad atau Mac terus ke televisyen.

Bagi pengguna yang memiliki televusyen pintar untuk barisan produk LG 2018, aplikasi Apple TV berkenaan akan disediakan pada penghujung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 12:16 PM