ASUS ZenWiFi.
ASUS ZenWiFi.
Muhammad Saufi Hassan


ASUS memperkenalkan penghala Internet tanpa wayar (WiFi) generasi baharu keluarannya yang menyokong sambungan lebih pantas dan stabil termasuk merangkumi jumlah keluasan yang besar.

Menerusi penghala ASUS ZenWiFi yang didatangkan dengan dua peranti berasingan iaitu satu unit digunakan untuk penghala manakala satu unit lagi untuk penghala lanjutan.

Ia membolehkan bahawa jaringan di kediaman atau pejabat lebih optimum dengan jangkauan liputan lebih besar berbanding penghala lain.

ASUS ZenWiFi mempunyai sokongan spektrum rangkaian berfrekuensi 2.4GHz dan 5.0GHz dan juga sambungan WiFi 5 (ZenWiFi AC) WiFi 6 (ZenWiFi 6).

Bagaimanapun, ia bergantung kepada model tertentu yang mempunyai sokongan kepada spektrum rangkaian berkenaan serta menjanjikan sambungan yang baik.

Penghala keluaran terbaru ASUS ini menyokong kelajuan WiFi sepantas 3300-6600Mbps dengan jangkauan liputan untuk kawasan rumah atau pejabat seluas 510 meter persegi.

Tanda harga bagi penghala jenis ini adalah RM1,299 untuk set ASUS ZenWiFi AC (WiFi 5) yang datang dengan dua unit penghala untuk menyokong keluasan kawasan liputan.

Bagi ASUS ZenWiFi AX pula akan berada di pasaran tempatan tidak lama lagi memandangkan ia adalah variasi penghala kelas tinggi sesuai untuk semua jenis keadaan.

Bagi memastikan keselamatan sambungan untuk pengguna, penghala jenis ini dilengkapi dengan pengawasan AiProtection Pro dan turut mempunyai sistem keselamatan terbina daripada firma keselamatan siber iaitu Trend Micro.

Prestasi penghala : 4.5 / 5

Harga : 4 / 5

Kestabilan sambungan : 4.5 / 5

Jangkauan liputan : 5 / 5

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 5:27 PM