GOOGLE Stadia
GOOGLE Stadia
Muhammad Saufi Hassan


GOOGLE sebelum ini sudah mendedahkan platform permainan penstriman mereka iaitu menerusi Stadia dan perkhidmatan itu menawarkan banyak judul permainan bertaraf tiga A (AAA) untuk pemain.

Beberapa penerbit permainan antaranya Electronic Arts (EA), Sega, Rockstar Games, Square Enix dan banyak lagi sudah mengesahkan untuk menerbitkan permainan mereka dalam platform berkenaan.

Secara asasnya, Google Stadia akan dilancarkan pada Selasa depan menerusi 14 negara berasingan antaranya Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Kanada.

Sehingga kin, sebanyak 21 penerbit serta sekurang-kurangnya 31 judul permainan sudah mengesahkan akan menggunakan platform itu dan ia akan terus berkembang sehingga tahun depan.

Sebelum ini, ramai pihak menyatakan bahawa Google Stadia umpama katalog permainan dan ia mirip kepada perkhidmatan penstriman seperti Netflix.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini menunjukkan bahawa judul berkenaan mungkin tidak sebanyak yang digembar gemburkan namun jumlahnya akan bertambah setiap masa.

Platform itu juga akan menjual judul permainan sama seperti pusat ‘pasaran digital’ yang lain dan ia bukanlah seperti perkhidmatan pembayaran bulanan dan pemain boleh bermain sebarang judul permainan dalam katalog platform itu.

Namun, gambaran penuh bagi Google Stadia masih belum didedahkan dan mungkin juga syarikat gergasi berkenaan akan melakukan kejutan ketika pelancarannya.

Antara senarai permainan yang menggunakan platform Google Stadia

1. Bandai Namco - Dragon Ball Xenoverse 2

2. Bethesda: Doom Eternal, Doom 2016, Rage 2, The Elder Scrolls Online, Wolfenstein: Youngblood

3. Bungie: Destiny 2

4. Capcom: Judul belum disahkan

5. CD Projekt Red: Cyberpunk 2077

6. Codemasters: GRID

7. Deep Silver: Metro Exodus

8. DotEmu: Windjammers 2

9. Drool: Thumper

10. Electronic Arts: Judul belum disahkan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 4:38 PM