CELCOM tawar pengalaman penstriman video lebih baik.
CELCOM tawar pengalaman penstriman video lebih baik.
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Pusat kajian bebas berhubung pengalaman perkhidmatan telekomunikasi selular, OpenSignal baru-baru ini meletakkan syarikat telekomunikasi Celcom sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian 4G terbaik di Malaysia untuk bulan lalu.

Berdasarkan huraian kajian OpenSignaal menyatakan capaian perkhidmatan 4G Celcom menguasai lebih daripada 87 peratus pada kebanyakan masa pengguna berbanding penyedia perkhidmatan yang lain.

Rangkaian 4G Celcom juga menawarkan pengalaman penstriman video lebih baik dengan memperoleh nilai tertinggi iaitu sebanyak 63.5 peratus bagi masa purata tempoh penghantaran data (latency) dengan mencatatkan 43.2 milisaat saja di seluruh negara.

Capaian muat turun perkhidmatan 4G Celcom juga adalah yang terpantas di beberapa negeri antaranya di Selangor dan Kuala Lumpur.

OpenSignal juga meletakan syarikat telekomunikasi berkenaan menawarkan perkhidmatan liputan rangkaian 4G yang sangat baik apabila menguasai 10 daripada 14 negeri seluruh negara.

Pengalaman penstriman video oleh pengguna lebih baik menggunakan Celcom berbanding penyedia perkhidmatan lain dan syarikat itu menggunakan sambungan terlaju

Celcom iaitu 4T4R LTE yang turut menyokong 4X4 MIMO serta teknologi 256 QAM.

Celcom juga dilaporkan giat melaksanakan pembangunan rangkaian telekomunikasi termaju iaitu 5G di negara ini dan mereka adalah syarikat pertama yang menjalankan percubaan awal teknologi berkenaan.

Sejak Julai lalu, Celcom sudah melancarkan perkhidmatan jaringan 5G bagi penduduk di sekitar kawasan Petaling Jaya Sentral sebagai fasa percubaan awal.

OpenSignal adalah firma bebas yang melaksanakan kajian berhubung pengalaman pengguna untuk sesebuah jaringan telekomunikasi dan kajian berkenaan dijadikan rujukan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 11:19 AM