PROGRAM YouTube adiwira didik pelajar mengenai Internet.
PROGRAM YouTube adiwira didik pelajar mengenai Internet.
Afiq Hanif

Lanjutan program Yellow Heart untuk memperkasakan individu dengan akses Internet, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melancarkan siri video lima bahagian informatif, Yellow Heart Cyber Series.

Siri video itu sebahagian daripada pertandingan tahunan Digi ‘CyberSAFE in Schools’ (2018).

‘CyberSAFE in Schools’ dilahirkan melalui kerjasama bermula pada 2011 antara Kementerian Pendidikan, Cybersecurity Malaysia dan Digi atas matlamat meningkatkan kesedaran, membina kapasiti dan memperkasakan pelajar serta guru dengan dunia digital.

Pengurus Program Kelestarian Digi Phillip Ling berkata, siri video terbabit dihasilkan berdasar keperluan kanak-kanak melalui kaedah lebih efektif terutama apabila membabitkan isu serius.

“Lantas, pendekatan ini dapat memanfaatkan media dan platform yang popular sejajar dengan trend penggunaan saluran terbabit oleh kanak-kanak.

“Dengan itu, watak kartun superhero YouTube digunakan untuk mendidik dan memperkasakan kanak-kanak dengan kebolehan menangani risiko dunia dalam talian serta memperbaiki tingkah laku kepenggunaan digital,” katanya.

Katanya, walaupun kebanyakan pelajar sekolah celik teknologi dan mahir menggunakan Internet, ada antara mereka cenderung meremehkan risiko penggunaan Internet atau tidak mengendahkan keburukan jangka panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 September 2018 @ 3:59 AM