BERSAMA-SAMA melalui pengalaman indah dalam hidup.
BERSAMA-SAMA melalui pengalaman indah dalam hidup.
HM Digital

PERASAAN bahagia, gembira, bangga, kagum, gelisah dan letih antara rentetan rasa dialami kebanyakan ibu apabila memasuki alam keibubapaan.

Di sebalik seribu satu rasa yang bersatu, pastinya terselit satu perjalanan luar biasa yang dialami bersama anak dan memberi pelbagai pengalaman baru yang berbeza.

Apabila ibu dan anak meneroka dunia bersama, ia bermaksud kedua-duanya membesar melalui pengalaman dan penemuan bersama.

Selaras dengan kekuatan dan watak kanak-kanak itu, ibu kemudian mengamalkan gaya keibubapaan dinamik yang membolehkan anak-anak berkembang serta belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, bukan merujuk garis panduan yang ditetapkan lagi.

Gaya keibubapaan dinamik ini bertentangan dengan gaya keibubapaan ‘tiger mom’ yang tegar, sebaliknya membolehkan ibu dan anak memahami serta belajar antara satu sama lain, menjadi semakin akrab, memperkayakan kehidupan masing-masing serta memantapkan satu ikatan yang rapat.

Justeru, pengalaman bersama ini membolehkan ibu dan anak membesar bersama secara semula jadi.

Tiada definisi khusus bagi pengasuhan semula jadi, namun pada dasarnya ia merujuk kepada gaya hidup dikongsi ibu bapa dengan anak mereka yang kembali kepada asas keibubapaan termasuk pembabitan bersama, kasih sayang dan rasa hormat.

Ibu bapa juga belajar memberi respons secara sensitif kepada keperluan anak sambil mengekalkan rasa bersahaja untuk menepati suasana semasa.

Secara amnya, pengasuhan semula jadi adalah menerima keunikan dan sifat semula jadi setiap anak, mengikuti naluri semula jadi ibu, tidak tergesa-gesa dengan kejayaan anak dan berkongsi pengalaman serta penemuan.

Selain itu, amalkan bermain secara bebas, luangkan masa di luar rumah, bina hubungan dan ikatan dengan menikmati serta menghargai detik membesar bersama.

LUANG masa bawa anak-anak melakukan aktiviti luar seperti mendaki, berenang dan sebagainya.
LUANG masa bawa anak-anak melakukan aktiviti luar seperti mendaki, berenang dan sebagainya.

Friso Gold menggalakkan ibu bapa dan anak untuk mengalami pembesaran bersama dalam konteks hubungan unik mereka.

Walaupun pengasuhan semula jadi mungkin agak baru di sini, ia diamalkan di seluruh dunia dan Finland serta New Zealand boleh dijadikan contoh terhadap pengasuhan semula jadi yang berjaya.

PENGASUHAN SEMULA JADI DI FINLAND

Membesarkan anak yang gemar belajar. Berdasarkan kanak-kanak Finland yang menghasilkan antara markah tertinggi subjek Matematik, Sains dan Membaca dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) OECD, ibu bapa mereka seolah-olah sudah memahaminya.

Menariknya, ia bukan penekanan ke atas pembelajaran tetapi gaya pengasuhan semula jadi yang menumpukan kepada permainan, kebahagiaan dan kesihatan yang seterusnya memupuk minat sejati untuk pembelajaran.

Berikut tiga kepercayaan keibubapaan Finland yang mungkin berguna untuk anda.

MASA BERMAIN ADALAH PENDIDIKAN

Ibu bapa melihat bermain sebagai peluang untuk anak belajar. Mereka percaya bahawa berbanding pembelajaran secara menghafal, minda mereka lebih terangsang apabila mereka belajar dengan melakukan sesuatu yang mereka nikmati.

SETIAP ANAK BELAJAR IKUT KEUPAYAAN TERSENDIRI

Menyedari bahawa setiap anak mempunyai tahap pembelajaran berbeza, mereka dibenarkan mengambil masa. Ibu bapa tidak mengutamakan persiapan akademik sebelum sekolah formal, sebaliknya mereka memberikan kemahiran untuk berdikari dan kepercayaan sendiri.

PEMBELAJARAN DILAKSANAKAN SECARA SENDIRIAN

Pada usia muda, kanak-kanak di Finland diajar untuk berdikari ketika belajar. Mereka digalakkan mengambil inisiatif ketika belajar. Tanpa pengawasan, anak mereka pulang dari sekolah, membuat sajian tengah hari dan melakukan kerja rumah sendiri.

PENGASUHAN SEMULA JADI DI NEW ZEALAND

Keibubapaan disamakan dengan permainan anak. New Zealand menawarkan beberapa pemandangan serta tarikan semula jadi. Bagaimana anugerah alam mempengaruhi gaya keibubapaan orang Kiwi? Berikut antara perkara yang perlu diketahui.

1. IBU BAPA TERAJUI ANAK DALAM MENEROKA ALAM SEMULA JADI

Membawa anak-anak melakukan aktiviti luar seperti mendaki, berenang dan sebagainya membantu anak membentuk naluri semula jadi untuk pengembaraan selain memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa bersama.

2. IBU BAPA DAN ANAK MEMUPUK KEMAHIRAN HIDUP BERSAMA-SAMA

Di sekolah, anak-anak tidak hanya fokus kepada pengajian akademik, sebaliknya mempelajari kemahiran luar yang praktikal seperti berkebun, memasak, kerja kayu dan menjahit. Hal ini membolehkan mereka membantu ibu bapa dengan ‘kerja rumah’ apabila pulang dari sekolah.

Untuk maklumat lanjut, berita terkini dan untuk menyaksikan video kempen serta iklan televisyen ‘Growing Up Together, Naturally’ sila log masuk

ke laman web Friso Gold www.frisogold.com.my

atau laman Facebook Friso Gold® Malaysia di https://www.facebook.com/FrisoGoldMY

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 5:30 AM