MICHAEL (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd Caryn Loh (tiga dari kanan) ketika perasmian Nature’s Bounty, baru-baru ini.
MICHAEL (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd Caryn Loh (tiga dari kanan) ketika perasmian Nature’s Bounty, baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Setiap orang hanya memberi perhatian kepada penampilan peribadi, seperti mendapatkan kulit yang cantik dan cerah tanpa melihat perkara yang lebih utama. Sebab itu kebanyakan individu membeli produk kecantikan diri bermula daripada hujung rambut hingga kaki untuk kelihatan anggun dan memikat.

Sebenarnya kecantikan turut dipengaruhi kesihatan dalaman. Pemakanan yang baik adalah kunci kepada kehidupan sihat. Ini boleh dilakukan dengan menjaga diet seimbang dan pengambilan nutrien yang betul.

Menurut pakar diet Eng Seow Wei, apa yang dimakan akan memberi kesan kepada kulit sama ada dalam cara positif atau negatif. Masalah kulit seperti jerawat dipengaruhi diet moden yang tidak mengandungi nutrisi. Kandungan pewarna dan perisa lama-kelamaan mempengaruhi kulit luaran.

“Kini munculnya istilah baru iaitu diet kecantikan berasaskan makanan organik, jus buah-buahan, makanan rendah karbohidrat, tanpa daging dan semula jadi disebabkan ada kaitan rapat di antara makanan dan kecantikan,” katanya.

Menurut Seow Wei, diet harus seimbang dan pelbagai. Untuk mendapatkan kulit yang cerah dan menawan bermula dengan pengambilan makanan mengandungi protein, omega-3 dan vitamin A, B, C, D dan E. Ia boleh didapati menerusi sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Memiliki kulit dan rambut yang cantik sememangnya menjadi idaman wanita. Tetapi impian ini tidak hanya boleh dicapai menerusi pemakaian produk penjagaan wajah. Pengambilan lima jenis sayur dan buah pelbagai warna juga berkesan untuk mendapatkan kulit idaman. Pastikan dalam hidangan mengandungi sayur dan buah daripada warna oren, hijau, merah, ungu dan putih setiap hari,” katanya.

Penyebab masalah kulit juga berpunca daripada makanan kaya gula. Jadi kurangkan pengambilan gula dan amalkan makanan semula jadi kaya serat menerusi pelbagai cara masakan sihat seperti rebus, bakar, panggang dan kukus.

Namun begitu hakikatnya tidak ramai individu berjaya melepasi halangan dan konsisten dalam pengambilan makanan sihat mereka. Kesibukan di pejabat, tekanan kerja, terdedah kepada cahaya matahari dan persekitaran menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk. Ini turut diburukkan oleh penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai.

“Atasi masalah ini dengan mengambil makanan tambahan seperti vitamin C yang mengandungi nutrisi diperlukan kulit. Keberkesanannya memang tidak dapat dilihat secara terus atau tempoh singkat. Ia berbeza dengan produk penjagaan wajah yang kesannya lebih pantas. Vitamin C mampu menjadikan kulit lebih cantik dan sihat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Menyedari kepentingan makanan tambahan untuk kecantikan, Nature’s Bounty memperkenalkan rangkaian produk berasaskan vitamin C yang berfungsi memberi keserian pada kulit.

Menurut Pengarah Pemasaran Newage Sdn Bhd Michael C Mehta, jenama itu percaya bahawa apa yang diletakkan di luar sama pentingnya

seperti apa yang dimasukkan ke dalam badan. Pengambilan makanan tambahan membantu memanjangkan jangka hayat kulit dan menjadikannya lebih sihat.

“Walaupun produk penjagaan kulit berfungsi memberikan hasil yang diinginkan, namun jangan dilupa kepada makanan tambahan yang membantu kulit mendapat semua khasiat diperlukan,” katanya.

Nature’s Bounty Ester C mudah diserap bagi memastikan pengambilannya dioptimumkan ke dalam badan. Perumusan ini memastikan penghantaran lebih cepat dan unggul berbanding vitamin C biasa. Ia juga lembut pada perut dan tidak berasid.

Dihasilkan di Amerika Syarikat menggunakan bahan semula jadi secara komprehensif dengan melalui lebih 100 pemeriksaan kualiti sepanjang proses pembuatannya. Kesemua produk Nature’s Bounty kini boleh didapati di semua rangkaian Watsons seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 1:55 PM