YOO mula menjalani rutin penjagaan wajah sejurus mendapati kulitnya makin kusam dan bermasalah.
YOO mula menjalani rutin penjagaan wajah sejurus mendapati kulitnya makin kusam dan bermasalah.
Nor Faizah Mohamed

Semuanya serba ringkas bagi si jejaka. Cukup dengan menggunakan sabun biasa, mencuci muka dengan sabun yang sama malah bersyampu kadangkala menggunakan sabun itu juga. Tiada langsung istilah berdandan atau merapikan diri sebelum dan usai mandi. Memadai dengan sapuan deodoran, semburan minyak wangi dan sedikit gel pada rambut sudah membolehkan mereka keluar memulakan aktiviti harian.

Namun, boleh dikatakan itu situasi lebih sedekad lalu. Lelaki hari ini bagaimanapun mula mengambil berat penampilan luaran dan dalaman mereka hinggakan ada yang menggunakan lebih banyak losen atau krim wajah berbanding wanita.

Walaupun lelaki ini mungkin pada mulanya teragak-agak, tetapi mereka tidak lagi malu untuk membenarkan wajahnya disentuh produk kecantikan.

Situasi yang sama berlaku pada pelakon popular dari Korea Selatan ini. Bagi Yoo Seung Ho, persepsi mengenai lelaki hilang ciri kejantanan atau maskulin disebabkan penggunaan bahan kosmetik perlu ditolak tepi terutama dalam keadaan persekitaran hari ini.

MUHAMMAD Khalik antara lima pensyarah yang menyertai Pameran Patriotik.
MUHAMMAD Khalik antara lima pensyarah yang menyertai Pameran Patriotik.

Yoo, yang hadir buat pertama kali ke Malaysia bagi merasmikan butik Play Up Advance di Fahrenheit88, Kuala Lumpur, baru-baru ini, mendapati kulitnya makin kusam dan mula bermasalah seiring dengan peningkatan usia.

“Ketika remaja, saya langsung tidak peduli dengan penjagaan kulit dan kesihatan diri secara keseluruhannya. Saya berasakan diri masih muda dan tidak perlu semua itu malah, saya rasa ia menyusahkan.

“Tetapi saat usia meningkat, saya mula melihat kesannya terutama di wajah dan saya mula faham mengenai kepentingan melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung,” katanya.

Tambah pelakon berusia 25 tahun ini, kulit lelaki lebih tebal dan berminyak berbanding wanita lalu penting untuk menggunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dengan masalah serta keadaan kulit.

“Saya amat menitikberatkan pembersihan wajah untuk membuang segala kotoran sebelum tidur. Ia juga langkah pertama yang amat penting saya lakukan sejurus tiba di rumah.

“Saya turut membawa ke mana saja losen tabir suria walaupun keadaan cuaca mendung dan hujan. Apabila perlu, saya akan ke klinik kulit bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika itu,” ujarnya.

Yoo tampil segar kala hadir di Play Up Advance yang disifatkan sebagai butik kecantikan sehenti untuk peminat kosmetik jenama tempatan dan antarabangsa.

Menempatkan lebih 10,000 produk kecantikan di bawah satu bumbung, Play Up Advance mula beroperasi pada Disember lalu yang dikendalikan oleh Parkson.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 7:00 AM