KASUT bertutup dengan pelbagai warna.
KASUT bertutup dengan pelbagai warna.
Siti Zarinah Sahib

Bagi jemaah haji dan umrah, berjalan dari masjid ke hotel penginapan setiap hari ditambah peluang menziarahi kawasan bersejarah di kota Makkah dan Madinah memberikan pengalaman cukup berharga. Untuk itu kekuatan mental dan fizikal menjadi keutamaan supaya jemaah berada dalam situasi sihat sepanjang masa.

Menyedari pentingnya menjaga kesihatan kaki supaya tidak melecet, lenguh, sakit atau tegang jenama kasut kesihatan Medshoe memperkenalkan himpunan terbaru bertemakan pengembaraan umrah dan haji dengan melancarkan model terbaru seperti Jsym, Weybr, Soukaer, Umrah Haj, Wardah dan Saiedah yang dikhususkan kepada mereka yang sering berjalan jauh dan berdiri lama. Pendekatan digunakan dengan mengambil kira material digunakan supaya dapat melindungi kaki terutama tapak kaki dan tumit berada dalam keadaan sihat.

Menurut Pengasas Medshoe Nur Diana Dazulkiply, khusus untuk jemaah haji dan umrah, selipar Umrah Haj direka dengan ciri-ciri mesra ihram dan mesra syariah serta sesuai dipakai di semua kawasan beribadah. Ia direka menggunakan sistem ortotik yang stabil dan terdapat span berteknologi tinggi poron, diformulasikan dari Amerika Syarikat agar penyerapan hentakan berlaku bagi mengurangkan lenguh, sakit tumit, lutut dan pinggang akibat berjalan dalam jarak yang lama.

“Rekaan terkini selipar ini menjadikan ia sangat ringan seterusnya memudahkan jemaah berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya bagi mereka yang tinggal agak jauh dari masjid, mereka tidak perlu risau kerana kasut ini memudahkan perjalanan secara tidak langsung memberikan keselesaan dan keseronokan ketika beribadah,” katanya.

SELIPAR Umrah Haj sesuai untuk perjalanan jauh dan lama.
SELIPAR Umrah Haj sesuai untuk perjalanan jauh dan lama.

Tidak hanya memberikan tumpuan kepada warga emas atau mereka yang berusia, rekaan moden sesuai digayakan golongan muda. Ia direka dengan ciri-ciri mudah laras bagi kaki berukuran kecil atau besar dan paling penting adalah mesra pengguna kerana praktikal dipakai untuk semua acara.

“Bagi pengembara pula aktiviti berjalan sudah tentu menjadi halangan sekiranya kaki berada dalam keadaan sakit. Untuk itu selipar Medshoe memberikan pilihan kepada mereka meneruskan aktiviti dengan rasa gembira. Pelanggan tidak perlu bimbang kerana jenama ini menjanjikan keselesaan dan tahan lasak. Material digunakan juga mudah dicuci, kaya dengan bahan anti melecet serta sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sakit belakang,” katanya.

Bagi kasut Jsym dan Weybr ia sesuai untuk individu yang aktif bersukan seperti yoga, joging selain untuk senaman ringan. Kasut Jysmi didatangkan dalam dua wana iaitu merah dan hitam sementara Weybr hadir dengan tiga warna iaitu hitam, kelabu dan kuning. Rekaan ini bole dipakai lelaki dan perempuan serta didatangkan dalam ukuran empat hingga 13 pada RM159 hingga RM199.

Medshoe boleh dibeli menerusi dalam talian dan di kedai di seluruh Malaysia.

KASUT sukan hadir dalam rona terang.
KASUT sukan hadir dalam rona terang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 6:17 AM