Siti Nadirah Hafidzin


Sebut saja aloe vera, hampir setiap individu khususnya wanita mengetahui khasiatnya dalam merawat pelbagai masalah kulit wajah antaranya parut, jerawat, luka kecil dan kekeringan.

Ia juga antara bahan semula jadi terbaik yang boleh digunakan sebagai lulur wajah yang mampu menyejuk dan menyegarkan kulit terutama selepas seharian berada di luar rumah.

Selain digunakan untuk kecantikan luaran, aloe vera juga boleh dijadikan sebagai bahan minuman yang dapat membantu mengurangkan alahan dan melancarkan sistem penghadaman, sekali gus menyerlahkan lagi kecantikan secara dalaman.

Menggunakan tumbuhan ajaib ini sebagai bahan utamanya, baru-baru ini PIJ Manufacturing Sdn Bhd melancarkan rangkaian produk Aloeshafy bagi memperluaskan lagi manfaatnya.

Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd Sharifah Suziana Syed Ali berkata, pihaknya mula menanam aloe vera pada 2012 di ladang organik seluas 48.5 hektar dan pada 2015, percubaan pengeluaran pertama berjaya dilaksanakan sebelum ia mendapat semua akreditasi pengilangan.

“Tiga produk Aloeshafy adalah jus, gel badan serta dan set kecantikan dan penjagaan wajah yang terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembap muka.

“Produk ini diperbuat daripada ekstrak aloe vera Barbadensis miller iaitu spesies aloe vera terbaik dunia. Tambahan pula, ia ditanam di ladang berstatus MyOrganic di Bio Desaru,” katanya. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd Rozan Mohd Sa’at.

Tiga produk terbaru Aloeshafy antara rangkaian penjagaan dalaman serta luaran terbaik dan selamat digunakan pengguna yang mendapat pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sharifah Suziana berkata, jus aloe vera mempunyai khasiat sebagai antioksidan, detoks, antiradang, meningkatkan proses penyembuhan dan menggalakkan tenaga sihat.

“Hanya dengan mengambil 30 mililiter (ml) sebelum sarapan pagi dan makan malam, ia mampu memberikan kesan positif kepada tubuh. Goncang sebelum minum dan simpan pada suhu bilik.

“Manakala gel badan aloe vera pula sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mampu membantu melembap, meremajakan kulit dan boleh juga digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut,” katanya.

Tambahnya, cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan hanya sapukan dalam kuantiti secukupnya pada kulit dan biarkan ia menyerap secara semula jadi.

“Guna dua kali dalam sehari pada pagi dan malam. Pengguna yang mengalami sebarang masalah seperti radang kulit selepas mencuba dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya.

“Rangkaian set kecantikan dan penjagaan wajah yang terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembap pula sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit,” ujarnya.

Produk Aloeshafy dijual menggunakan kaedah ejen atau dropship juga di laman jualan atas talian menerusi LAZADA pada harga serendah RM39.90 hingga RM160.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2017 @ 11:52 AM