Hajahfarhana Tarmudi

Bahang Ramadan kian terasa. Ibu bapa adalah insan yang paling bimbang untuk melatih anak-anak berpuasa kerana risau sama ada mereka mampu menghadapi ujian sepanjang hari atau nutrien diperlukan mencukupi.

Di sebalik keghairahan ibu bapa melatih anak berpuasa, jangan lupa untuk mengambil kira mengenai kemampuan mereka menahan lapar dan dahaga di samping membekalkan tenaga dengan pemakanan seimbang bagi membantu meningkatkan daya tahan anak.

Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 32, (gambar) berkata, puasa bukan untuk menyeksa, namun kanak-kanak perlu melaluinya dengan penuh keseronokan.

“Tiada umur yang ditetapkan dalam melatih anak-anak berpuasa berbanding solat. Namun, ada sesetengah ulama berpendapat ibu bapa boleh melatih anak berpuasa mengikut cara didikan solat Nabi Muhammad SAW yang boleh dilakukan secara berperingkat.

“Anak yang berusia empat tahun ke atas melalui peringkat melihat. Ini bermaksud si kecil akan belajar dengan melihat perlakuan orang dewasa terutama ibu bapa dan disebabkan itu, kita perlu menjaga perlakuan.

“Bermula usia tujuh hingga 10 tahun, peringkat mendidik melalui mendengar untuk didoktrinkan. Maksudnya di sini, kita boleh menyuruh dan mengingatkan anak melaksanakan kewajipan agar ia menjadi satu amalan.

“Pada umur 10 tahun ke atas baru kita boleh mendidik anak dengan hukuman. Hukuman di sini bukan bermaksud memukul hingga menyebabkan kecederaan sebaliknya menggunakan kaedah betul seperti tidak mendapat hadiah,” katanya.

Sememangnya anak kecil yang belum baligh ini tidak diwajibkan berpuasa namun latihan itu adalah sekadar melatih mereka menahan lapar dan pastinya ada makanan atau minuman yang membantu membekalkan nutrien diperlukan sepanjang berpuasa.

Sama seperti orang dewasa yang perlu bersahur untuk memberi tenaga sepanjang hari berpuasa, begitu juga dengan kanak-kanak yang perlu diberikan susu dan makanan berkhasiat bagi membekalkan nutrien diperlukan.

Katanya, tidak menjadi masalah dan bukan kesalahan untuk ibu bapa memberi makan atau minum kepada kanak-kanak yang masih kecil ini biarpun belum tiba waktu berbuka.

Ini kerana tidak ada waktu sasaran ditetapkan untuk mereka dipaksa berpuasa hingga berbuka. Namun, sebagai ibu bapa kita perlu bijak dalam memberi imbangan antara agama dan keperluan anak.

Kewajipan dapat didedahkan sejak kecil dan pada masa sama keperluan nutrien anak juga diambil perhatian. Ada kalanya kita melatih anak berpuasa namun mengabaikan pemakanan yang betul.

Mengambil sarapan seawal jam 5 pagi mungkin menjadi masalah buat kanak-kanak yang baru mula berpuasa dan tidak hairan ibu bapa berdepan kesukaran untuk mengajak mereka bersahur.

Malah, selera ketika bersahur juga tidak menentu menjadikan ibu bapa berasa bimbang mengenai corak pemakanan dan tumbesaran akan terganggu jika tidak mendapat nutrisi diperlukan.

“Puasa bukan untuk menyeksa dan penting untuk ibu bapa mendidik anak-anak berpuasa dalam keadaan menyeronokkan. Ambil peluang Ramadan ini dengan mengejutkan anak bersahur bersama dan menikmati makanan berkhasiat.

“Jika anak letih berpuasa, bukan salah mereka sebaliknya lihat diri sendiri kerana ada sesetengah ibu bapa yang masih mengambil mudah aspek pemakanan yang betul ketika bersahur atau berbuka,” katanya.

Susu adalah makanan sunnah yang banyak manfaat dan dikategorikan sebagai hidangan terbaik oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda, 'Tidak ada satu pun makanan yang boleh menggantikan makanan dan minuman melebihi susu.'

“Disebut juga dengan jelas di dalam al-Quran, madu dan susu tanpa diklasifikasikan sama ada lembu atau kambing adalah makanan yang baik. Lebah adalah binatang yang melihat, mencari dan memilih manisan yang terbaik.

“Justeru, ia juga akan memberi kebaikan jika diambil dalam kehidupan seharian dengan cara yang betul dan disebabkan itu ia disebut di dalam al-Quran sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit,” katanya.

Memperkenalkan susu Pediasure baharu dengan rasa madu. Susu Pediasure adalah rumusan saintifik Sure 3 System® dengan DHA yang mengandungi nutrien lengkap, untuk menyokong tumbesaran optimal anak anda. Berikan anak anda Pediasure yang kini berperisa madu untuk memenuhi jurang nutrisi pemakanan harian anak anda dan memastikan tumbesaran yang optimum sepanjang Ramadan. Kelazatan susu dengan rasa madu pasti memikat selera anak anda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 3:53 AM