SALZBURG, Austria. FOTO fail Reuters
SALZBURG, Austria. FOTO fail Reuters
AFP

Vienna: Kerajaan Austria, pada Rabu, mengumumkan penamatan sekatan pergerakan (lockdown) kepada individu yang tidak divaksin pada Selasa.

Keputusan itu adalah persediaan Austria menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) yang pertama yang mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 bermula minggu depan.

Kerajaan pada hujung November lalu mengarahkan individu yang tidak divaksin atau baru pulih daripada Covid-19 untuk kekal di rumah, dengan hanya memberikan kelonggaran terhad seperti keluar bekerja.

Namun, kapasiti unit rawatan rapi yang sudah terkawal menyebabkan Canselor Austria, Karl Nehammer mengeluarkan arahan untuk menarik semula sekarang bermula Isnin depan.

Mereka yang tidak divaksin masih dikenakan sekatan, namun restoran, hotel, premis sukan dan budaya hanya untuk mereka yang sudah disuntik atau pulih daripada Covid-19.

"Keutamaan kerajaan kini adalah untuk mengenakan sekatan paling minimum dan hanya dikenakan untuk keadaan yang memerlukan," kata Nehammer.

Kes harian Austria melonjak pada Rabu apabila 1.6 juta kes Covid-19 direkodkan dengan 14,000 kematian.

Khamis lalu, Parlimen meluluskan vaksinasi wajib kepada golongan dewasa bermula 4 Februari namun keputusan itu mencetuskan protes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 10:11 AM