FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Berlin: Kerajaan Jerman mempertimbangkan pengharaman penggunaan aplikasi Telegram selepas ia sering digunakan sebagai saluran penyebaran teori konspirasi antivaksin dan ancaman bunuh.

Aplikasi itu juga memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat menyertai beberapa protes ganas pihak pembangkang terhadap kerajaan Jerman berkaitan polisi Covid-19 sebaik pandemik bermula.

Parlimen akan mula membahaskan isu vaksinasi wajib pada Rabu menyebabkan pihak berkuasa bimbang isu kontroversi ini berisiko mencetuskan gelombang kemarahan rakyat.

Dengan kemungkinan ini, ahli politik berpendapat kawalan lebih ketat diperlukan terhadap penggunaan aplikasi Telegram.

Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser akan memaklumkan pelan yang memerlukan aplikasi itu untuk memadamkan mesej yang mengandungi ancaman bunuh, kebencian dan mengesan penulisnya.

Kegagalan Telegeram berbuat demikian akan menyebabkan aplikasi itu akan diharamkan sepenuhnya.

"Kerajaan akan pastikan mereka yang menyebarkan kebencian akan dikenal pasti," katanya di Parlimen pada pertengahan Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 9:45 AM