Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.
Reuters

London: Enam daripada 10 individu di Britain kini tidak menggemari Perdana Menteri Boris Johnson selepas pendedahan mengenai parti yang berlangsung di kediamannya ketika perintah berkurung Covid-19, dedah undian Ipsos Mori.

Ipsos berkata, 57 peratus responden percaya Johnson adalah perdana menteri yang teruk, meningkat enam peratus berbanding minggu lalu.

Menteri kewangan, Rishi Sunak adalah satu-satunya menteri kanan yang mendapat skor positif daripada undian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 6:39 PM