PUTERA Andrew. FOTO fail EPA
PUTERA Andrew. FOTO fail EPA
AFP

London: Putera Andrew, anak kedua Ratu Elizabeth menyahaktifkan akaun media sosialnya pengguna platform itu, pada Rabu, selepas susulan berdepan kes sivil di Amerika Syarikat, atas dakwaan serangan seksual.

Twitter Andrew @TheDukeOfYork mengeluarkan paparan 'akaun ini tidak wujud'.

Akaun YouTube Andrew juga mengeluarkan mesej ralat dan gambar seekor monyet.

Namun, akauan Instagram dan Facebook putera raja itu masih aktif walaupun diletakkan dalam mod privasi.

Daily Mail yang memetik sumber yang rapat dengan putera berusia 61 tahun itu berkata, akaun berkenaan sudah dinyahaktif sepenuhnya.

Kejadian itu berlaku selepas pengumuman minggu lalu Andrew tidak dibenarkan menggunakan gelaran His Royal Highness (Yang Amat Mulia) termasuk gelaran ketenteraan yang dianugerahkan Ratu Elizabeth.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 10:28 AM