GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Vienna: Gara-gara kecuaian doktor, seorang warga emas lelaki berusia 82 tahun di Austria menjadi mangsa apabila kaki kanannya dipotong walaupun tidak bermasalah.

Daily Star melaporkan insiden itu berlaku disebabkan kesilapan doktor wanita tidak didedahkan namanya ketika menandakan kaki pesakit yang perlu dipotong.

Menurut laporan tempatan, sepatutnya pemotongan itu membabitkan kaki kiri pesakit, tetapi doktor terbabit melakukan kesilapan apabila menandakan kaki kanan.

Pembedahan dijalankan di Hospital Freistadt pada Mei lalu.

Kesilapan itu disedari oleh seorang jururawat.

Seorang pegawai hospital berkata, malang sekali kes seumpama itu terjadi.

Defendan mendakwa ia hanya kesilapan manusia dan tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi selain menyatakan puncanya adalah masalah sistematik, bukannya kesilapan individu.

"Ralat dalam perancangan pembedahan berlaku kerana tiada maklumat halaman diberikan dalam fail pesakit, itulah sebabnya semakan tidak dapat dilakukan," katanya.

Hakim mendapati doktor itu bersalah atas kecuaian teruk dan didenda lebih 2,300 Pound Sterling (kira-kira RM12,877). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 6:45 AM