SEBUAH pesawat KLM yang tiba dari Johannesburg, di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam . FOTO AFP
SEBUAH pesawat KLM yang tiba dari Johannesburg, di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam . FOTO AFP
AFP

Amsterdam: Pihak berkuasa kesihatan Belanda mengesan sekurang-kurangnya 13 kes varian Omicron baharu dari penumpang dua penerbangan dari Afrika Selatan.

Ia selepas 61 daripada 600 pelancong menaiki dua pesawat KLM disahkan positif Covid-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada Jumaat, lapor AFP.

"Tidak terfikir terdapat kes varian Omicron di Belanda," kata Menteri Kesihatan Hugo de Jonge.

Semua penumpang itu dikuarantin di sebuah hotel berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, manakala sebahagian lagi menjalani kuarantin di rumah.

Penumpang yang disahkan negatif diasingkan di rumah mereka, tetapi yang lain dibenarkan meneruskan perjalanan.

"Kami akan mengawal sama ada mereka mematuhi peraturan itu," kata de Jonge kepada media.

Negara itu meningkatkan ujian untuk pengembara dari Afrika Selatan, Botswana, Malawi, Lesotho, Swaziland, Namibia, Mozambique dan Zimbabwe, di wilayah tempat varian baharu berkenaan mula dikesan.

"Kami meminta mereka yang tiba dari kawasan ini untuk menjalani ujian secepat mungkin," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 9:38 AM