Presiden Perancis, Emmanuel Macron. FOTO AFP
Presiden Perancis, Emmanuel Macron. FOTO AFP
AFP

Paris: Sekutu paling lama Amerika Syariat (AS), Perancis memanggil pulang dutanya ke negara itu selepas berang dan berasa tersisih atas tindakan Washington membentuk pakatan sekutu tiga hala dengan Australia dan Britain.

Susulan pengumuman pakatan yang digelar AUSKUS itu, Canberra membeli kapal selam nuklear dan peluru berpandu Tomahawk dari AS.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan Perancis kerana Australia membatalkan perjanjian pembelian kapal selam konvensional bernilai AUD50 bilion (RM152 bilion) yang dimeterai kedua-dua negara pada 2016.

Menteri Luar Negeri Perancis, Jean-Yves Le Drian menyatakan ia adalah satu bentuk tindakan tikam belakang dari Australia.

Menurutnya, arahan memanggil pulang Philippe Etienne dibuat atas permintaan Presiden, Emmanuel Macron.

Paris turut memanggil pulang Duta Besar Perancis ke Australia namun tidak memanggil pulang dutanya ke United Kingdom (UK), walaupun seorang diplomat menyelar Britain sebagai mengambil kesempatan atas pembentukan AUSKUS.

"Atas permintaan Presiden, saya memutuskan untuk segera memanggil pulang duta di AS dan Australia untuk perundingan.

"Tindakan ini bagi menjustifikasikan pengumuman 'luar biasa' Australia dan AS pada 15 September lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 10:31 AM