RUMAH salinan 3D itu. FOTO Agensi
RUMAH salinan 3D itu. FOTO Agensi
Agensi

Amsterdam: Pasangan suami isteri di Belanda menjadi penyewa pertama sebuah rumah salinan tiga dimensi (3D) di Eropah.

Elize Lutz, 70, dan Harrie Dekkers, 67, dari Amsterdam menerima kunci digital mereka Khamis lalu.

Ia menerusi satu aplikasi yang membolehkan mereka membuka pintu depan rumah kediaman itu dengan hanya menekan satu butang.

"Ia sungguh cantik dan rasa selamat," komen mereka mengenai teknologi rumah itu dalam portal The Guardian.

Lutz dan Dekkers sebelum ini menetap di empat jenis rumah berbeza selama enam tahun sejak dua anak perempuan mereka menetap di tempat lain.

Pasangan itu membayar 695 pound Sterling (RM3,933) sebulan menetap di rumah itu selama enam bulan bermula 1 Ogos selepas permohonan di internet diluluskan.

"Saya lihat reka bentuk rumah ini macam taman cerita dongeng," kata Lutz.

Rumah itu ialah sebuah pembangunan hartanah pertama dari lima rumah.

Ia dibina syarikat Saint-Gobain Weber Beamix di atas sebidang tanah di terusan Beatrix, pinggir bandar Eindhoven, Bosrijk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 6:31 AM