FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Paris: Sebuah syarikat Perancis Valneva mengumumkan vaksin dibangunkannya sudah memasuki ujian Fasa Tiga, iaitu ujian terakhir sebelum memohon kebenaran penggunaan kepada agensi kawal selia.

Kajian itu, yang digelar Cov-Compare, akan membandingkan tahap imuniti peserta kajian kepada vaksin VLA2001 dengan reaksi terhadap suntikan vaksin AstraZeneca.

"Dianggarkan, 4,000 peserta akan menerima dua dos mana-mana daripada vaksin itu," kata Valneva, sambil menyatakan kajian dijalankan di 25 lokasi di United Kingdom.

Objektif utama kajian itu untuk menunjukkan kelebihan vaksin VLA2001 berbanding dos suntikan AstraZeneca selepas dua minggu pesertanya menerima suntikan, dari segi tahap antibodi yang melawan Covid-19, kata syarikat itu.

Jika keputusan ujian adalah positif, "Valneva menyasarkan untuk menghantar vaksin itu untuk kelulusan agensi kawal selia untuk kebenaran awal penggunaan pada musim gugur 2021."

Berbanding suntikan vaksin lain yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memperkuat sistem imuniti bagi melawan Covid-19, vaksin versi Valneva pula mengguna pakai versi Covid-19 yang 'tidak aktif'.

Syarikat itu pada Rabu berkata, ia tidak akan mengutamakan perbincangan utama dengan Suruhanjaya Eropah untuk pembekalan vaksin bagi 27 negara ahli, tetapi akan menumpukan perbincangan dengan negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 11:10 AM