FOTO fail menunjukkan serangan di NIce pada 2016. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan serangan di NIce pada 2016. FOTO AFP
AFP

Rom: Polis Itali menahan seorang lelaki dipercayai membekalkan senjata kepada penyerang yang memandu sebuah trak dan merempuh orang ramai di Nice, pada Bastille Day, 2016, menyebabkan 86 orang terbunuh.

Lelaki itu hanya dikenali sebagai Endri E adalah lelaki Albania berusia 28 tahun dan disyaki membekalkan senjata kepada Mohamed Lahouaiej Bouhlel iaitu lelaki Tunisia yang melakukan serangan pada hari cuti umum Perancis berkenaan.

Polis menahan lelaki itu di Sparanise dekat bandar selatan, Naples susulan waran dikeluarkan oleh Perancis, lapor agensi berita AGI dan ANSA.

Penahanan itu susulan keputusan di mahkamah rayuan Perancis yang mengarahkan lapan orang dibicarakan atas peranan mereka dalam serangan 2016 berkenaan.

Bagaimanapun, perbicaraan tidak akan berlangsung sehingga 2022.

Ketika serangan itu, polis menembak mati Bouhlel pada tayar kenderaan yang digunakan oleh penyerang berkenaan.

Pada November 2015, satu serangan menyaksikan 130 orang terbunuh dalam siri letupan dan tembakan di ibu negara Perancis.

Militan Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan Nice, meskipun pendakwa raya berkata, tiada bukti bahawa Bouhlel melafaz taat setia kepada kumpulan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 9:57 AM