PERDANA Menteri UK, Boris Johnson ketika menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca, Jumaat lalu. FOTO AFP
PERDANA Menteri UK, Boris Johnson ketika menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca, Jumaat lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Lebih separuh orang dewasa di United Kingdom (UK) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Newsweek melaporkan perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan UK, Matt Hancock menerusi Twitter pada Sabtu.

"Semalam (Jumaat), kita sudah memberi vaksin kepada paling ramai orang dalam satu hari. Saya gembira untuk menyatakan bahawa kita sudah memberi vaksin kepada separuh daripada orang dewasa di UK," katanya.

Beliau berkata, angka itu dicapai selepas 660,276 suntikan vaksin direkodkan dalam satu hari, pada Jumaat lalu.

Negara itu kini menyaksikan untuk memvaksin setiap orang dewasa berusia lebih 50 tahun menjelang pertengahan bulan depan.

Selain itu, ia menyasarkan seluruh penduduk menerima suntikan vaksin pada akhir Julai.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 2:01 PM