FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Paris: Mereka yang tidak mahu mendapatkan vaksin Covid-19 akan dilarang menggunakan pengangkutan awam di Perancis.

Perkara itu termasuk dalam rancangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perancis bagi menangani krisis kesihatan yang mencetuskan kemarahan pihak pembangkang,

Perdana Menteri, Jean Castex semalam, mendapat sokongan ahli kabinetnya untuk merangka RUU terbabit termasuk menangani Covid-19.

Menurut draf perundangan yang diserahkan kepada parlimen, bukti ujian negatif atau rawatan pencegahan termasuk pengambilan vaksin perlu ditunjukkan untuk membolehkan orang ramai menaiki pengangkutan awam atau bergerak melakukan rutin harian atau ke mana-mana destinasi.

Kempen vaksin dianjurkan kerajaan bakal berlangsung pada Ahad, namun pegawai sudah mula mendapat tentangan terutama daripada golongan antivaksin.

Tinjauan akhbar Journal du Dimanche baru-baru ini mendapati, 59 peratus responden tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin.

Jumlah itu menunjukkan angka tertinggi dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.

Presiden Emmanuel Macron berjanji walaupun vaksin sangat disarankan untuk mencegah Covid-19, pengambilannya tidak akan diwajibkan.
Janji sama turut diulangi Menteri Kesihatan, Olivier Veran pada hari ini ketika berbahas di Parlimen.

"Saya ulangi sekali lagi, pengambilan vaksin bukan wajib," katanya.

Namun, ahli politik pembangkang mengecam draf perundangan terbabit.

Ketua sayap kanan, Parti RN, Marine Le Pen menggelar langkah itu sebagai dasar 'keperluan menyeluruh'.

"Secara asasnya, RUU ini tidak bertujuan menjadikan vaksinasi itu wajib, tetapi akan mencegah orang yang tidak mematuhi kehidupan sosial," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 11:20 AM