VAKSIN kolera. FOTO Reuters.
VAKSIN kolera. FOTO Reuters.
BERNAMA

Damsyik: Kementerian Kesihatan Syria pada Ahad melancarkan kempen vaksinasi oral kolera di empat wilayah bagi melindungi kanak-kanak berumur setahun ke atas daripada penyakit itu.

Kempen yang berlangsung sehingga 15 Disember ini dijalankan di wilayah Aleppo, Hasaka, Raqqa dan Deir Ezzor, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Pengarah Jabatan Penjagaan Kesihatan Primer kementerian itu, Dr. Razan Tarabishi berkata, kempen dilaksanakan di 63 pusat kesihatan serta 685 pasukan bergerak dengan penyertaan 2,269 petugas kesihatan.

Dr Tarabishi berkata, vaksin itu yang selamat dan diluluskan serta digunakan di seluruh dunia dengan jayanya, terbukti berkesan.

Keadaan epidemiologi penyakit itu terkawal dan dalam fasa menurun dan penggunaan air, makan makanan daripada sumber yang selamat selain menjaga kebersihan awam, terutama mencuci tangan, merupakan asas kepada pencegahan penyakit, kata beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2022 @ 4:02 PM