KENDERAAN rosak susulan rusuhan di stadium berkenaan. FOTO Antara Foto/ Reuters
KENDERAAN rosak susulan rusuhan di stadium berkenaan. FOTO Antara Foto/ Reuters
Reuters

Jakarta: Angka kematian rasmi akibat insiden rempuhan di stadium bola sepak di wilayah Jawa Timur, Indonesia ialah 125 orang mangsa.

Pegawai kerajaan mengesahkan angka rasmi terbabit selepas semakan semula dijalankan.

Timbalan Gabenor Jawa Timur, Emil Dardak berkata, data yang disemak secara silang daripada 10 hospital di kawasan itu menunjukkan hanya 125 kematian.

Terdahulu, pegawai mengesahkan angka kematian akibat rusuhan itu ialah 174 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 9:43 AM