NOMBOR plat Piala Dunia FIFA. FOTO The Peninsula
NOMBOR plat Piala Dunia FIFA. FOTO The Peninsula
BERNAMA

Doha: Jabatan Polis Trafik Qatar menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia Fifa Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (AS$495,000) atau kira-kira RM2.17 juta, lapor Sputnik.

Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara

Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat '333355' dijual dengan harga 200 juta riyal (AS$55 juta) atau kira-kira RM241,000

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2022 @ 11:33 AM