GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

New Delhi: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dalam kejadian tembok runtuh di sebuah kilang pemprosesan garam di Gujarat, India.

Insiden berlaku pada Rabu, di estet Gujarat Industrial Development Corporation (GIDC) di daerah Morbi, lapor media India.

"Sebahagian tembok setinggi 15 hingga 20 kaki (empat hingga enam meter) runtuh, menyebabkan 13 pekerja terperangkap. Seramai 12 pekerja disahkan maut manakala seorang lagi cedera," kata seorang pegawai polis.

Perdana Menteri India Narendra Modi turut bersedih dengan tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2022 @ 12:11 PM