Kakitangan membersihkan sisa minyak di tepi pantai di Mae Ramphueng wilayah Rayong, Thailand. - FOTO Reuters
Kakitangan membersihkan sisa minyak di tepi pantai di Mae Ramphueng wilayah Rayong, Thailand. - FOTO Reuters
Reuters

Bangkok: Pantai di selatan Thailand diisytiharkan kawasan bencana selepas kebocoran minyak dari paip dasar laut di Teluk Thailand menyebabkan pasir pantai bertukar hitam.

Kebocoran itu berpunca dari paip yang dimiliki Star Petroleum Refining Public Company Limited (SPRC) bermula sejak Selasa lalu dan berjaya dikawal sehari kemudian dengan tumpahan kira-kira 50,000 liter minyak.

Sebahagian minyak berkenaan meliputi pantai di Mae Ramphueng di wilayah Rayong lewat Jumaat lalu selepas merebak sehingga 47 kilometer persegi.

Angkatan tentera laut bekerjasama dengan SPRC untuk mengawal tumpahan itu.

Kira-kira 150 kakitangan SPRC dan 200 anggota tentera laut dikerahkan ke lokasi untuk membersihkan pantai selain turut menyediakan penghadang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 3:50 PM