FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

Singapura: Menjelang 2028, gaji kasar bulanan minimum bagi pekerja baharu sektor pengurusan sisa di negara ini dijangka sebanyak $3,260 dolar Singapura (kira-kira RM10,142).

Jumlah itu meningkat berbanding gaji semasa 1,600 dolar Singapura (kira-kira RM4,977) hingga 1,800 dolar Singapura (kira-kira RM5,600) sebulan.

Selain itu, bermula 2024, pekerja sektor itu juga bakal layak menerima bonus tahunan.

Maklumat lanjut mengenai skim gaji itu dilaksanakan selepas kerajaan menerima cadangan daripada tiga kluster pengurusan sisa yang mahu penstrukturan semula gaji pekerja sektor pengurusan sisa menerusi model gaji progresif (PWM).

Model itu pertama kali digunakan pada 2012 bagi sektor pembersihan, keselamatan, landskap, lif dan eskalator.

Ia juga sebahagian daripada rangka kerja untuk meningkatkan kemahiran, produktiviti dan pembangunan karier.

Lebih 3,000 warga Singapuran dan penduduk tetap dengan sebahagian daripadanya bekerja dalam sektor pengurusan sisa dan subsektor pemulihan bahan dijangka akan mendapat manfaat apabila ia dilaksanakan bermula Julai 2023.

Antara cadangan lain termasuk keperluan latihan wajib untuk semua peringkat kerja selain perkembangan kerjaya yang jelas.

Pekerja dalam subsektor pengurusan sisa boleh menjangkakan gaji kasar bulanan minimum antara 2,210 dolar Singapura (kira-kira RM6,874) hingga 2,910 dolar Singapura (kira-kira RM9,051) bermula Julai 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 7:01 AM