Penduduk kampung Supit Urang menyelamatkan diri selepas Gunung Semeru meletus lagi. - FOTO AFP
Penduduk kampung Supit Urang menyelamatkan diri selepas Gunung Semeru meletus lagi. - FOTO AFP
AFP

Jakarta: Gunung Semeru di Lumajang dilaporkan meletus dua kali hari ini hingga menghamburkan debu ke udara diikuti aliran lava yang menyebabkan ratusan penyelamat panik.

Gunung berkenaan meletus awal bulan ini hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 48 individu dan puluhan lain masih hilang.

Penyelamat sedang melakukan usaha mencari di sebalik lumpur dan ketika itulah letusan berlaku hingga menghamburkan debu sehingga 4.5 kilometer dari puncak selain aliran lava menyebabkan mereka terpaksa menghentikan operasi mencari.

"Keadaan terlalu berbahaya untuk penyelamat meneruskan misi ini," kata Saiful Hasan kepada AFP.

Katanya, hujan juga menyebabkan aliran lava ke kampung berhampiran semakin pantas.

Setakat ini, tidak ada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan, kerana penduduk kampung berhampiran sudah dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 7:24 PM