GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

New Delhi: Mayat dua pesakit Covid-19 yang reput ditemui di sebuah bilik mayat di India, lebih 15 bulan selepas kematian mereka tahun lalu.

Independent melaporkan polis dan pegawai hospital memberitahu penemuan mengerikan itu terbongkar pada hujung minggu lalu.

Ia selepas kerja pembersihan berjadual di rumah mayat Hospital ESIC Rajajinagar di Bangalore.

Pegawai hospital berkata, mayat itu dibungkus dalam beg mayat bertutup yang menandakan mereka sebagai mangsa Covid-19 dan masih mempunyai tag pengenalan.

Mayat itu dinamakan sebagai Durga Sumithra, seorang wanita berusia 40 tahun, dan N L Muniraju, lelaki berusia 67 tahun.

Kedua-duanya meninggal dunia ketika gelombang pertama Covid-19 pada 2 Julai tahun lalu, tiga hari selepas mereka dimasukkan ke hospital berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 6:00 AM