PETUGAS kesihatan sedang melakukan ujian calitan pengesanan Covid-19 di Liverpool, Sydney. FOTO EPA
PETUGAS kesihatan sedang melakukan ujian calitan pengesanan Covid-19 di Liverpool, Sydney. FOTO EPA
AFP

Sydney: Australia pada Jumaat melaporkan tiga pelajar di Sydney dikesan positif Covid-19 varian Omicron.

Pegawai kesihatan berkata terdapat 10 kes varian Omicron lagi yang disyaki dari sekolah itu yang sedang disahkan segera, meningkatkan kebimbangan jangkitan tersebar.

Kluster itu tetap berlaku walaupun terdapat larangan ke atas bukan warganegara memasuki Australia dan sekatan ke atas penerbangan dari Afrika Selatan, tempat varian itu mula-mula dikesan.

Kesihatan New South Wales berkata ia kes pertama yang tiada sejarah perjalanan ke luar negara atau kaitan dengan orang yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Australia sebelum ini telah mengesan beberapa kes Omicron lain, tetapi semuanya ditemui dalam pengembara masuk yang dikuarantin.

Seluruh kakitangan dan pelajar di Regents Park Christian School di barat Sydney telah diminta untuk menjalani ujian dan diasingkan.

Australia kini merekodkan sekitar 2,000 kes Covid-19 sehari.

Bagi kebanyakan pandemik, penyebaran virus telah dihadkan oleh penutupan sempadan selama dua tahun, sekatan, ujian dan pengesanan agresif serta larangan perjalanan tempatan.

Pihak berkuasa telah menyatakan keyakinan bahawa dengan 87 peratus orang berumur lebih 16 tahun diberi vaksin, negara berada pada kedudukan yang baik untuk menangani varian baharu itu.

Kadar kemasukan ke hospital pada masa ini rendah, dan jumlah kematian akibat pandemik berjumlah 2,021.

Keterukan Omicron belum diketahui dan ia juga tidak jelas sama ada ia boleh menyebabkan vaksin sedia ada kurang berkesan.

Tetapi terdapat kebimbangan bahawa varian mungkin lebih mudah tersebar berbanding varian Delta.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 4:26 PM