AZERBAIJAN. IMEJ Google Maps
AZERBAIJAN. IMEJ Google Maps
AFP

Baku: Seramai 14 maut selepas sebuah helikopter tentera Azerbaijan terhempas ketika melakukan latihan penerbangan di negara itu.

"14 orang meninggal dunia, manakala dua lagi parah susulan nahas helikopter perkhidmatan sempadan," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Difahamkan, semua mangsa adalah anggota tentera.

Kotak hitam sudah ditemukan di lokasi nahas, kata kenyataan itu.

Terdahulu, pihak berkuasa berkata, helikopter terbabit terhempas di landasan Garakheybat di wilayah Khyzy.

Insiden itu berlaku dua minggu selepas Azerbaijan dan Armenia terbabit dalam konflik paling buruk di kawasan sempadan sejak kedua negara terbabit perang berhubung penguasaan wilayah Nagorno-Karabakh, pada tahun lalu.

Perang enam minggu berkenaan mengorbankan 6,500 nyawa dan berakhir dengan gencatan senjata yang ditaja oleh Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 8:40 AM