Gambar fail menunjukkan kakitangan lapangan terbang di Bangkok menjalankan tugas menerima pelawat antarabangsa. - FOTO AFP
Gambar fail menunjukkan kakitangan lapangan terbang di Bangkok menjalankan tugas menerima pelawat antarabangsa. - FOTO AFP
AFP

Bangkok: Thailand akan menyekat kemasukan pelawat dari lapan negara Afrika selepas kemunculan varian baru Covid-19.

Varian yang dikenali sebagai Omicron itu dikatakan sudah tiba di Asia dan Eropah dengan satu kes dikesan di Hong Kong dan Belgium.

Jabatan kawalan penyakit Thailand berkata, individu dari Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe akan dihalang dari memasuki Thailand bermula Disember ini.

Mereka juga tidak boleh membuat pendaftaran untuk memasuki Thailand bermula hari ini.

"Pelawat dari lapan negara ini yang sudah diluluskan untuk memasuki Thailand diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari," kata ketua pengarah jabatan, Opas Karnkawinpong.

Pelawat dari negara lain di Afrika yang sudah menerima kelulusan untuk melawat Thailand perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel.

Opas berkata, tiada negara Afrika berada dalam senarai 63 negara untuk perjalanan tanpa kuarantin ke Thailand yang bermula awal bulan ini.

Setakat ini, 57 peratus populasi Thailand sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 6:17 PM