FOTO HIASAN EPA
FOTO HIASAN EPA
Agensi

Jakarta: Indonesia akan melaksanakan peraturan perjalanan udara lebih ketat bagi memastikan tiada lonjakan kes berlaku menjelang cuti panjang penghujung tahun.

Syarikat penerbangan perlu menyediakan tempat duduk berasingan untuk penumpang bergejala, walaupun ujian sebelum berlepas menunjukkan keputusan negatif, menurut jurucakap pasukan tindakan Covid-19, Wiku Adisasmito.

Hanya penumpang yang sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 dengan keputusan negatif ujian PCR dibenarkan meneruskan penerbangan, khususnya di Jawa dan Bali.

Sementara itu, Kompas melaporkan, kerajaan Indonesia juga membenarkan syarikat penerbangan beroperasi pada kapasiti penuh.

Jurucakap Kementerian Perhubungan, Adita Irawati berkata, kebenaran berkenaan akan diumumkan secara terperinci dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 7:44 PM