JAMBATAN yang dalam pembinaan runtuh susulan hujan lebat di Chalthi, India. FOTO AFP
JAMBATAN yang dalam pembinaan runtuh susulan hujan lebat di Chalthi, India. FOTO AFP
AFP

New Delhi: Lebih 100 orang meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari susulan banjir dan tanah runtuh di India dan Nepal.

Di Uttarakhand, utara India, pihak berkuasa melaporkan 46 individu maut dengan 11 lagi masih hilang.

Di Kerala, Ketua Menteri Pinarayi Vijayan mengesahkan 39 orang terkorban.

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di Uttarakhand dalam tujuh kejadian berasingan di wilayah Nainital, selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Sementara itu, di Nepal, pihak berkuasa melaporkan 31 kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh, sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, angka itu mungkin lebih tinggi selepas pihak berkuasa memperoleh laporan terperinci.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 2:39 PM