ANGGOTA Taliban melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. FOTO EPA
ANGGOTA Taliban melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. FOTO EPA
AFP

Kabul: Serangan pengebom berani mati ke atas jemaah di sebuah masjid di bandar Kunduz di Afghanistan membunuh sekurang-kurangnya 55 orang, semalam.

Ia serangan paling berdarah sejak pasukan Anerika Syarikat (AS) meninggalkan negara itu.

Dilaporkan, lebih ramai mangsa cedera dalam letupan itu.

Kumpulan Daesh-Khorasan yang menjadi pesaing Taliban mengaku bertanggungjawab.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di saluran Telegramnya, kumpulan itu mengatakan seorang pengebom berani mati meletupkan jaket bom di tengah-tengah jemaah yang berkumpul dalam masjid.

Matiullah Rohani, pengarah budaya dan maklumat di Kunduz untuk pemerintahan Taliban baharu Afghanistan, mengesahkan kepada AFP insiden itu adalah serangan pengebom berani mati.

Sumber perubatan di Hospital Wilayah Kunduz mengatakan 35 orang mati dan lebih 50 yang cedera dibawa ke sana, sementara seorang pekerja di hospital Doktor Tanpa Sempadan (MSF) melaporkan 15 orang mati dan puluhan lagi cedera.

Penduduk Kunduz memberitahu AFP letupan itu berlaku di sebuah masjid ketika solat Jumaat.

Zalmai Alokzai, seorang peniaga tempatan yang bergegas ke Kunduz Wilayah Hospital untuk memeriksa sama ada doktor memerlukan derma darah, menggambarkan pemandangan yang mengerikan.

"Ambulans akan kembali ke tempat kejadian untuk membawa orang mati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 10:10 AM