LAPORAN pelancaran peluru berpandu itu disiarkan oleh stesen televisyen Korea Selatan. FOTO AFP
LAPORAN pelancaran peluru berpandu itu disiarkan oleh stesen televisyen Korea Selatan. FOTO AFP
AFP

Seoul: Korea Utara menembak 'projektil tidak dikenal pasti' ke laut di kawasan pantai timurnya.

Setakat ini, tiada maklumat lengkap diperoleh daripada Ketua Staf Gabungan Selatan, lapor AFP.

Jurucakap kementerian pertahanan Jepun memaklumkan, ia kelihatan seperti peluru berpandu balistik.

Ia adalah isyarat terbaru dari Korea Utara, beberapa hari selepas adik pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang berpengaruh, Kim Yo Jong menggantung prospek sidang kemuncak antara Korea.

Bagaimanapun, penasihat kepada Jong Un menegaskan untuk kesaksamaan dan menyeru Korea Selatan berhenti daripada melontarkan kenyataan tidak sopan.

Dia mengecam sikap pilih kasih Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) terhadap perkembangan ketenteraan Korea Utara, sementara sekutu mereka membangunkan kemampuan ketenteraan.

Baru-baru ini, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengulangi pendirian di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengisytiharkan Perang Korea berakhir.

Pyongyang melancarkan beberapa peluru berpandu bulan ini, satu membabitkan peluru berpandu jarak jauh dan satu lagi yang disebut oleh tentera Korea Selatan sebagai peluru berpandu balistik jarak dekat.

Seoul juga berjaya menguji peluru berpandu balistik kapal selam buat pertama kali, menjadikannya antara sebahagian negara yang mempunyai teknologi canggih itu.

peluru berpandu, perang korea, pyongyang, korea utara, asia, xnstp

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 10:35 AM