PENDUDUK Palestin berkumpul di lokasi tiga rakyat terbunuh di perkampungan Beit Anan di Baitulmaqdis. FOTO AFP.
PENDUDUK Palestin berkumpul di lokasi tiga rakyat terbunuh di perkampungan Beit Anan di Baitulmaqdis. FOTO AFP.
AFP

Baitulmaqdis: Operasi Israel untuk membongkar sel Hamas di Tebing Barat mencetuskan pertempuran di beberapa lokasi pada Ahad dan menyebabkan empat rakyat Palestin terkorban.

Menteri Kesihatan Palestin mengesahkan kematian itu dengan seorang ditembak tentera Israel di Burqin dekat Jenin, manakala tiga orang lagi di Bedu dekat Baitulmaqdis.

Sementara itu jurucakap tentera Israel, Amnon Scheffler mendakwa operasi menangkap 'pengganas' itu mengorbankan pejuang Hamas.

Hamas pula mengakui pejuangnya bertempur dengan tentera Israel di Baitulmaqdis dan Jenin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 3:51 PM