PEJUANG Taliban mengawal laluan di Herat. FOTO AFP.
PEJUANG Taliban mengawal laluan di Herat. FOTO AFP.
AFP

Jalalabad: Dua pejuang Taliban dan orang awam terbunuh dalam serangan di pusat pemeriksaan di timur Afghanistan, menurut sumber keselamatan dan saksi.

Serangan di bandar Jalalabad pada Rabu adalah yang terbaharu menyasarkan Taliban di wilayah Nangarhar yang menjadi pangkalan operasi utama kumpulan militan Daesh-Afghanistan sejak bertahun.

Menurut sumber keselamatan dan saksi, serangan dilakukan lelaki bersenjata tidak dikenali yang menaiki beca di daerah Ghawchak.

Taliban mengesahkan serangan itu namun mengatakan semua mangsa adalah orang awam.

Dalam insiden berlainan, penduduk memberitahu AFP bahawa dua pejuang Taliban cedera ketika cuba menanggalkan alat peledak buatan di Jalalabad.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkaitan.

Militan Daesh-Khorasan (IS-K), kumpulan pejuang tempatan mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan minggu lalu di Jalalabad yang mengorbankan dua orang.

IS-K juga mendakwa melakukan serangan berdarah yang mengorbankan lebih 100 orang di lapangan terbang di Kabul, penghujung Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 4:02 PM